Pejabat DAP Kuantan Dibaling Telur, Poster Dibakar

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sekumpulan 20 pemuda bertindak membaling pintu pejabat DAP di sini dengan telur sebagai membantah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer pada Jumaat.

Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gabungan Pemuda Melayu Kuantan, tiba di pejabat itu di Jalan Beserah pada pukul 3 petang.

Selain membaling telur, mereka turut menendang pintu pejabat parti berkenaan.

Ketika bertindak agresif, kumpulan berkenaan turut menjerit meminta Rayer memohon maaf berikutan kenyatannya yang menghina dengan berkata 'Umno Celaka'.

Mereka kemudian membakar poster yang mempunyai logo DAP dan gambar Rayer.

Kumpulan itu bagaimanapun bertindak meninggalkan memorandum di depan pintu kerana pejabat berkenaan tidak berpenghuni sebelum bersurai pada pukul 3.30 petang.

Sementara itu, DAP menggesa pihak polis dan Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap kumpulan yang mengancam untuk membakar ibu pejabat parti berkenaan.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, pihaknya mengutuk tindakan agresif dan menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin untuk bertanggungjawab diatas kekecohan yang berlaku.

Bagaimanapun, DAP tidak pula menggesa ahlinya, Rayer memohon maaf bagi meredakan kenyataan penghinaan yang dikeluarkan sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Kuantan , DAP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan