Shabery Cheek Persoal Sokongan PAS Terhadap Dyana

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 8:42 AM

Shabery Cheek menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada program santai minda di rumah Ketua Kampung Sungai Kerawai di sini malam Rabu.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menempelak PAS kerana menyokong DAP walaupun calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud  menentang pelaksanaan hukum hudud.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, seperti di Terengganu, Umno ditentang oleh PAS kerana mempertahankan undang-undang yang tidak mengikut hukum hudud.

"Mereka (PAS) menentang Umno kerana tidak menyokong hukum hudud. Mereka menentang Umno kerana tidak menegakkan negara Islam yang berasaskan undang-undang syariah.

"Tetapi apabila ada calon beragama Islam di dalam DAP yang menentang hukum hudud, mereka masih menyokong DAP," katanya ketika berucap pada Program Santai Bersama Belia di Kampung Tersusun, Kampung Padang Tembak di sini, malam Rabu.

Beliau berkata demikian bagi merujuk calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang dilaporkan berikrar untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Shabery turut mempersoalkan PAS adakah parti itu masih menyokong DAP yang mempunyai calon yang berbeza pendapat mengenai hukum hudud.

"Sekarang kita tanya PAS, adakah kamu hendak orang menyokong orang ini yang Melayu dan Islam tetapi tidak sokong hudud?," katanya.

Sebuah portal berita melaporkan Dyana dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan berpegang pada ikrar tersebut sekiranya terpilih mewakili Parlimen Teluk Intan.

Menurut laporan itu, Dyana bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun membantah pelaksanaannya di Malaysia selagi isu sosioekonomi tidak diatasi.

Dyana, 27, berdepan demgan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53, pada PRK Teluk Intan.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan