Harga Getah Jatuh, 900 Pekebun Dapat Bantuan RM500 Sebulan

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 6:00 PM

Pekebun getah terima RM500 sebulan berikutan kejatuhan harga getah.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kira-kira 900 pekebun kecil getah seluruh negara yang terjejas pendapatan ekoran kejatuhan harga getah diberi Bantuan Sara Hidup Pekebun Kecil (SHPK) RM500 sebulan sejak Jun lalu oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Timbalan Ketua Pengarah Risda Mohamed Alang Abdul Hamid berkata, bantuan jangka pendek itu diberi selama 48 bulan bagi membantu pekebun kecil menyara hidup mereka.

"Kejatuhan harga getah ini memberi impak besar kepada pekebun kecil. Oleh itu, pihak Risda sedaya upaya membantu mereka dengan mengurangkan kos tertentu serta membantu mereka secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Risda negeri, di sini, Khamis.

Beliau berkata, Risda turut memberi bantuan lain seperti bekalan baja, benih getah dan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pekebun.

"Pihak Risda juga mengambil tindakan jangka pendek dan berterusan dengan mengurangkan kos input sebanyak 24 peratus iaitu menurunkan kadar harga baja Risda 4 daripada RM1,448 per tan metrik pada tahun lepas kepada RM1,100 per tan metrik tahun ini," katanya.

Selain itu katanya pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh Risda untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pengeluaran susu getah dan menambah pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM2,500 satu isi rumah menjelang akhir 2015.

"Kunci utama ialah mengamalkan cara pertanian yang baik termasuk mengajar teknik pembajaan yang betul dan menasihatkan mereka supaya menambah hari penorehan sehingga 14 hari dalam tempoh sebulan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan