Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Ke Selangor Siap Disember Ini

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 2:14 PM

Maximus Ongkili

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor dijangka siap sepenuhnya pada 20 Disember ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata setakat ini pembinaan projek yang terdiri daripada empat komponen atau pakej - Terowong Penyaluran Air Mentah, Empangan Kelau, Stesen Pam Semantan dan Saluran Paip Berkembar - telah 96 peratus siap. 

"Pada awal Ogos depan sebagai percubaan awal, kita akan menyalurkan sebanyak 500 juta liter air sehari ke Sungai Langat yang mempunyai tiga loji rawatan air," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melawat tapak projek itu di sini Khamis.

Beliau berkata percubaan itu juga sebagai langkah menambah jumlah air di sungai itu kerana negara dijangka dilanda musim kering bermula Jun, kesan daripada fenomena El Nino.

Projek itu apabila siap sepenuhnya mampu menyalurkan air mentah sebanyak 1.89 bilion liter sehari dari Pahang ke Selangor bagi menampung keperluan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Mengulas persediaan kementerian itu dalam menghadapi El Nino, Ongkili berkata satu jawatankuasa peringkat kebangsaan telah ditubuhkan yang akan diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jawatankuasa yang dianggotai 10 menteri serta wakil-wakil dari kerajaan negeri akan mula bermesyuarat dua minggu dari sekarang bagi mencari langkah berkesan menangani kesan El Nino terutama terhadap sektor pertanian dan air," katanya. 

Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan bahawa fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan