NPC Umum Pemenang Tiga Anugerah Utama - Berita Semasa | mStar

NPC Umum Pemenang Tiga Anugerah Utama

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 12:15 AM

L. Krishnan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) mengumumkan pengarah filem terkemuka Tan Sri Dr L Krishnan sebagai penerima Anugerah Tokoh 1Malaysia NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Kenyataan NPC menyebut beliau antara tiga pemenang anugerah utama yang memberi sumbangan besar dalam bidang kepakaran masing-masing.

Krishnan mengarah lebih 30 filem dan bekerja dengan nama besar seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Maria Menado, Kasma Booty dan Datuk Mustapha Maarof.

Filem arahan beliau termasuk Antara Senyum dan Tangis (1951), Derita (1952), Kasih Menumpang (1953) dan Fajar Menyinsing (1963).

Dua lagi pemenang ialah Allahyarham Zainon Ahmad bagi Anugerah Legenda Media NPC-AmBank dan Tan Yoke Swee bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat NPC-TM.
 
Zainon, atau lebih dikenali sebagai 'Pak Non', bertugas sebagai wartawan hampir 35 tahun dan jawatan terakhir beliau ialah Ketua Pengarang akhbar The Sun pada 2002 sebelum menghempuskan nafas terakhir tahun lepas manakala Tan adalah juruhebah televisyen merangkap wartawan lebih 35 tahun yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarang Nanyang pada 1990 sebelum bersara. 

Menurut kenyataan itu, terdapat 11 kategori yang dipertanding seperti Anugerah Wartawan NPC-Scomi, Anugerah Wartawan Muda NPC-Celcom, Anugerah Wartawan Online, Anugerah Wartawan Penyiaran NPC-TNB dan Anugerah Organisasi Media Terbaik (Khidmat Masyarakat) NPC.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijadual menyampaikan hadiah kepada pemenang anugerah utama di sini pada 26 Mei ini.

Presiden NPC Mokhtar Hussain berkata pihaknya amat berbesar hati dengan sokongan yang diterima pada Anugerah NPC 2014 yang bakal berlangsung pada 26 Mei ini.
 
"Ini merupakan tahun keempat dan sekali lagi Perdana Menteri setuju menjadi sebahagian daripada acara majlis ini, yang merai wartawan dari masa lalu, masa kini dan pada masa depan," katanya. 

Pemenang 11 kategori terbabit akan menerima trofi, wang tunai dan tiket penerbangan daripada MAS manakala penerima tiga anugerah utama akan turut menerima telefon bimbit sumbangan Maxis.

Tags / Kata Kunci: NPC
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan