PKR: Pemecatan Jufliz Sebelum Tamat Tempoh Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 7:33 PM

Ahmad Jufliz Faiza

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Pemecatan ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawanga, Ahmad Jufliz Faiza berikutan tindakannya menyerahkan memorandum meminta kepemimpinan parti itu menjalankan proses pemilihan dengan adil, bebas dan telus.

Jufliz yang juga seorang peguam terkejut apabila mengetahui berita pemecatan ini melalui media.

"Selepas kami menyerahkan memorandum itu, saya digantung serta-merta dan diminta memberi surat tunjuk sebab dalam tempoh sepuluh hari kenapa tindakan tidak boleh diambil ke atas saya yang mendakwa menghasut ahli mengadu kepada Pendaftaran Pertubuhan (ROS) jika permintaan kami tidak dicapai," katanya.

Dakwaa beliau menghasut ahli supaya membawa perkara itu ke ROS tidak benar, malahan Jufliz masih tidak percaya parti itu memecatnya sebelum tamat tempoh penyerahan surat tunjuk sebab.

Katanya, beliau menyediakan memorandum untuk meminta pemilihan dijalankan dengan lebih telus, yang mana terdapat 900 aduan oleh ahli berkaitan percanggahan dan kelemahan dalam proses pilihan raya.

"Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan kerana saya tidak bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti tahun ini," katanya.

Jufliz berkata, parti itu tidak perlu menyimpan aduan di 'bawah karpet' seperti yang berlaku pada pemilihan 2010 apabila tiada tindakan dikenakan walaupun banyak aduan diterima.

Katanya, memorandum itu turut mencadangkan supaya  Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP), Datuk Johari Abdul meletak jawatan.

Jufliz yang mengetuai sekumpulan 100 ahli mengemukakan memorandum kepada kepimpinan parti itu pada 20 Mei, adalah antara empat orang dipecat dari parti itu pada hari berikutnya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada kumpulan terbabit untuk mengenakan tindakan jika mereka enggan bersurai.

Jawatankuasa Disiplin pada Rabu mengumumkan pemecatan Jufliz, Radin Sharifuddin Mohamad Yasin (Selayang),  R. Kumara Guru (Alor Setar), dan Zulkafli Abdullah (Hulu Selangor).

Jawatankuasa itu juga menggantung 11 yang lain didakwa mengganggu pusat mengundi, mengkritik  secara terbuka mengkritik calon dan mengganggu proses pilihan raya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Jufliz Faiza , PKR

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan