DUN P.Pinang Kecoh Lagi

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 12:55 PM

Anggota polis dilihat menenangkan penyokong-penyokong Barisan Nasional di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri P.Pinang. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kembali kecoh kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis apabila seorang ahli Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa dikasari sekumpulan Pemuda Umno.‬

‪Lelaki tersebut yang mendakwa kumpulan yang berada di seberang jalan di hadapan DUN memijak kasut dan merampas topi kaledar miliknya.‬

‪Kekecohan itu menyebabkan kesesakan di Lebuh Light.‬

‪Lelaki terbabit dilihat dibawa oleh polis untuk beredar dari kawasan tersebut.‬

"Apa salah saya? Saya nak pergi minum tapi mereka pijak kaki saya," dakwa lelaki itu.

Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dan beberapa Adun BN turut keluar untuk menenangkan keadaan.

"Hangpa kena ingat, hangpa pembangkang di sini," katanya.

Polis berjaya mengawal keadaan dan situasi kembali normal kira-kira 15 minit kemudian.

Seramai 20 Unit Tindakan Ringan (LSF) ditugaskan mengawal pintu utama DUN sejak pukul 8.30 pagi untuk mengelakkan   insiden menceroboh masuk dewan pada petang Rabu tidak berulang lagi.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Arman Azha Abu Hanifah menafikan sekumpulan pemuda Umno mengasari lelaki tersebut.

Sebaliknya, beliau mendakwa lelaki tersebut yang memulakan provokasi terlebih dahulu.

"Dia datang ke arah kami dan bersalaman dengan ketua bahagian kemudian tunjuk helmet yang tertera perkataan 'asal bukan Umno'," kata Arman ketika ditemui pemberita.



Tags / Kata Kunci: DUN P.Pinang , kecoh , SAMM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan