Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Lawatan Ke Thailand - Berita Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Lawatan Ke Thailand

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 7:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihat menimbangkan untuk menangguhkan lawatan tidak perlu ke Thailand susulan penguatkuasaan undang-undang tentera oleh Tentera Diraja Thailand.

Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang kini berada di Thailand perlu berwaspada dan memantau perkembangan menerusi media tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya terdapat 596 rakyat Malaysia tinggal di Thailand yang telah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.

"Tiada laporan berhubung rakyat Malaysia yang terjejas dengan perkembangan terkini di Thailand," menurut kementerian itu.

Katanya Malaysia berharap semua pihak di Thailand terus berusaha untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap kemelut yang dihadapi di negara itu.

Malaysia akan terus memantau perkembangan politik di Thailand, menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di talian +662 629 6800 (pada waktu bekerja) atau +687 028 4659 (selepas waktu bekerja).
Tags / Kata Kunci: Thailand , Tentera Diraja Thailand
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan