PRK Teluk Intan: Jangan Panik DAP Calon Dyana Sofya - Puteri Umno

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 5:25 PM

Mas Ermieyati Shamsudin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Golongan muda diminta supaya tidak cepat melatah, gentar atau tercabar apabila melihat DAP mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud yang masih muda untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin berkata, Puteri Umno menolak semua perasaan negatif itu, sebaliknya lebih suka melihat pencalonannya sebagai satu persaingan sihat.

Beliau berkata,  walaupun BN meletakkan Datuk Mah Siew Kong sebagai calon PRK Teluk Intan kali ini, mempertaruhkan muka baharu dan muda dalam pilihan raya bukan perkara baharu dalam BN.

"Orang muda jangan panik tengok DAP letak calon wanita muda.

"DAP begitu bangga dengan calon muda mereka kali ini. Memang dia (Dyana) cantik, kita pun bangga tetapi sebenarnya Umno sudah lebih 13 tahun dulu dah bagi peluang orang muda bertanding," katanya selepas hadir melancarkan Bazaar Bayahista di Kota Damansara, di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Masjid Tanah ini tidak memandang rendah keupayaan Dyana dan menyifatkan potensi dan peluangnya untuk menang adalah 50-50.

"Kita tidak gentar dan melatah. Dia (Dyana) baharu jadi calon, tak menang lagi...tetapi dia ada potensi 50-50 untuk menang.

"Sebab itu saya minta jentera parti tingkatkan gerak kerja dan tidak ambil mudah, setiap ahli harus mainkan peranan," ujarnya.

Ditanya sama ada pencalonan Dyana akan memberikan kesan kepada sayap parti itu yang telah lama berjuang mendapatkan 30 peratus kuota kerusi dalam parti, beliau menolak dakwaan tersebut.

"Memang Puteri sedang minta kuota 30 peratus daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam pun saya masih menyatakan perkara sama kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tetapi ia tidak memberikan kesan terhadap peranan kita. Puteri tetap turun padang berkempen dan mencari peluang bertemu dengan pengundi muda untuk memastikan kemenangan BN," katanya.

Jelasnya, bagi PRK Teluk Intan, Puteri menggerakkan jenteranya yang terdiri daripada 800 ahli.

Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , Dyana Sofya , Mas Ermieyati

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan