Sesi Pendengaran Bantahan Pemilihan PKR Ala RCI

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 7:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiap aduan dan bantahan berhubung proses pemilihan Parti Keadilan Keadilan Rakyat (PKR) yang dijalankan baru-baru ini akan dibuat mengikut konsep pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Abd Malek Hussin berkata teknik tersebut dibuat sejajar dengan tataetika dan tatacara pemilihan parti untuk memastikan pemilihan yang sihat dan adil.

"Tekniknya kita panggil pengadu dan orang kena adu bagi keterangan 'ala RCI'.

"Mereka boleh kemuka atau bacakan semula aduan dari borang bantahan atau tambah elemen baharu dan di penghujungnya nyatakan permintaan atau hajat mereka, apa yang mereka mahu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Hadir sama Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul dan timbalannya, Dr Tan Yee Kew.

Abd Malek berkata, setiap yang menghadiri sesi itu diberi hak dan peluang untuk menyatakan masalah atau bantahan berhubung pemilihan parti.

Beliau berkata,sebarang  keputusan atau tindakan akan dibuat oleh JPP setelah mendengar keterangan daripada pengadu atau orang yang diadu.

"Kita juga panggil semua calon ketua cabang untuk pendengaran tetapi jika mereka tidak hadir maka terlucutlah hak pendengaran.

"Setiap keterangan yang telah disahkan oleh JPP adalah muktamad. Bagaimanapun rayuan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan Parti," jelasnya.

Setakat ini panel aduan telah menjalankan sesi pendengaran di Sabah selama tiga hari iaitu pada 17, 18 dan 19 Mei.

Sesi seterusnya akan diadakan pada 22 hingga 25 Mei dengan melibatkan negeri-negeri lain.

Tags / Kata Kunci: PKR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan