PKR Pecat Ahli Tuduh Khalid Terbabit Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara bertindak memalukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di khalayak ramai, seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipecat daripada parti itu.

Zulkafli Abdullah dari Cabang Kuala Selangor didapati bersalah kerana menjerit dan menuduh Menteri Besar Selangor itu menipu dan mengamalkan rasuah.

Keputusan pemecatan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong selepas dipersetujui Biro Politik yang bermesyuarat pada Selasa.

Pada insiden yang berlaku 16 Mei lalu, Zulkafli secara tiba-tiba menjerit ke arah Abdul Khalid dengan dakwaan sebagai penipu dan mengamalkan rasuah yang dipercayai merujuk kepada proses pemilihan parti itu.

Pada pemilihan kali ini, Abdul Khalid bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Selain Zulkafli, PKR turut memecat tiga lagi ahlinya atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh berkempen dan pemilihan parti.

Dua daripada mereka iaitu Radin Sharifuddin Mohd Yasin (Selayang) dan R. Kumara Guru (Alor Setar) masing-masing bersalah mencetuskan kekecohan semasa proses pengundian berlangsung.

Radin Sharafuddin bersalah kerana merempuh masuk ke pusat pengundian dan merampas kotak undi sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang yang berlangsung pada 11 Mei lalu, manakala Kumara Guru bertindak mengambil beberapa kertas undi yang ditanda sendiri dan memasukkan kertas undi tersebut ke dalam peti undi walaupun dia bukan anggota Cabang Kota Raja.

Seorang lagi anggota PKR yang dipecat ialah Ahmad Jufliz Faiza dari Cabang Setiawangsa kerana tidak mengendahkan amaran tatatertib yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, sebaliknya berterusan mengkritik parti secara terbuka.

Selain itu, Lembaga Disiplin PKR turut menggantung 10 anggotanya atas kesalahan mengganggu proses pengundian.

Sepuluh yang berkenaan ialah V. Shanmuganathan (Selayang), N. Patmanathan (Selayang), Norizan Omar (Selayang), Azman Yaakob (Selayang), S. Manugharan (Kota Raja), M. Telai Amblam (Kota Raja), DK Vicknesvaran (Kota Raja), M. Nageswaran (Kota Raja), P. Chandrasekaran (Kota Raja) dan Syed Ahmad Putra Syed Isa (Kota Raja).

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan