Penstrukturan Semula Industri Air Selangor Selesai Dalam Enam Bulan

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Proses penstrukturan semula industri air di Selangor dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tiga syarikat konsesi air bersetuju diambil alih oleh kerajaan Selangor.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan pelan tindakan penstrukturan semula industri air negeri kepada kerajaan Pusat menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini.
 
"Cadangan pelan tindakan penstrukturan semula industri air telah diserahkan kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menerusi surat bertarikh 21 Mei 2014.
 
"Kita yakin sasaran penyelesaian itu dapat dicapai berdasarkan perbincangan intensif yang giat diadakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan tiga syarikat konsesi itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Minggu lepas, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) bersetuju supaya dua syarikat konsesi air miliknya iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan Selangor.
 
Mengikut persetujuan itu, PNHB menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih semula ekuiti, aset dan liabiliti PNSB dan Syabas masing-masing berjumlah RM2.47 bilion dan RM3.11 bilion.

Sebelum ini, syarikat konsesi air Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) juga bersetuju dengan tawaran itu yang melibatkan nilai pengambilalihan kira-kira RM900 juta.

Abdul Khalid berkata walaupun hanya sebuah lagi syarikat konsesi iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) masih belum menerima tawaran pengambilalihan itu, namun proses penstrukturan semula industri air di negeri itu tetap dijalankan.

Menerusi pelan tindakan itu, katanya kerajaan negeri akan berbincang lebih lanjut dengan Splash berhubung pengambilalihan konsesi itu sama ada mengguna pakai Seksyen 114 atau 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
 
"Proses penstrukturan industri air akan tetap kita buat biarpun hanya Splash masih belum menerima tawaran pengambilalihan itu. Namun, perbincangan lanjut akan diteruskan malah kerajaan negeri akan mengekalkan nilai tawaran seperti sebelum ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: industri air , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan