Ahli Pemuda Umno Tidak Wajar Rempuh Sidang Dun - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 11:55 PM

Khairy Jamaluddin
(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah meminta laporan daripada Pemuda Umno Pulau Pinang berhubung insiden ahli parti itu merempuh masuk ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Khairy yang juga, Ketua Pemuda Umno berkata beliau akan mengkaji secara mendalam isu berkenaan sebelum membuat keputusan sama ada beliau akan mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang terlibat. 

"Saya telah bercakap dengan Umno Pulau Pinang berhubung insiden yang berlaku. 

"Mereka tidak suka dengan apa yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP tersebut, yang dilihat agak kasar," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan mesra bersama calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Teluk Intan m Datuk Mah Siew Keong di Menara Condong pada Rabu. 

"Mereka sangat kecewa dan apa yang tidak dilakukan agak sukar difahami," katanya. 

"Bagaimanapun, tindakan merempuh masuk ke dalam sidang DUN bukan satu perkara yang wajar dilakukan, mereka seharusnya membantah di luar premis sahaja," katanya. 

Mengenai dakwaan ahli BN menggangu ceramah pembangkang di Kampung Padang Tembak, Khairy berkata pihaknya akan menyiasat insiden berkenaan. 

"Kami kena semak kesahihannya, sama ada ahli BN benar-benar terlibat. Ia mungkin dilakukan oleh pihak yang menyamar dengan memakai t-shirt BN. 

"Jika benar, kita akan mengambil tindakan terhadap mereka," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , DUN

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan