Firma Guaman Nafi Arah MAS Henti Khidmat Sokongan

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Firma guaman yang mewakili tujuh angkota keluarga kru pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menafikan dakwaan kononnya mengarahkan syarikat penerbangan itu menghentikan komunikasi secara langsung dengan anak guam mereka.

"Kami tidak pernah menghubungi MAS untuk menghentikan penyaluran maklumat berhubung operasi mencari pesawat yang hilang itu," kata peguam Ribbeck Law Chartered, Monica R. Kelly menerusi kenyataan pada Rabu.

Ribbeck Law Chartered merupakan firma guaman yang berpengkalan di Chicago.

Sebelum ini media melaporkan keluarga tujuh anak kapal penerbangan MH370 mendakwa mereka "ditinggalkan" oleh syarikat penerbangan tersebut kerana mendapatkan khidmat perundangan.

Bagaimanapun menerusi kenyataan balas pada Selasa, MAS menjelaskan bahawa mereka tidak "meninggalkan" keluarga kru penerbangan MH370 yang mendapatkan bantuan perundangan.

Syarikat itu dalam kenyataan di sini menjelaskan sesetengah anggota keluarga anak kapal terbabit mendapatkan khidmat peguam asing bagi mewakili kepentingan mereka.

"Peguam warga asing itu mengarahkan MAS menghentikan komunikasi secara langsung dengan anak guam mereka dan hanya berhubung dengan mereka," kata MAS pada Selasa.

Menurut MAS lagi, keluarga yang tidak diwakili peguam, syarikat itu berhubung dengan mereka menerusi Pusat Sokongan Keluarga (FSC) dan sentiasa menyalurkan maklumat terkini daripada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dan kerajaan Malaysia.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH370

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan