Pembinaan Lebuhraya Kidex Diteruskan - MB Selangor

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tetap akan meneruskan pembinaan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) walaupun ia mendapat bantahan penduduk.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan mengambil kira bantahan yang disuarakan.

"Pembinaan lebuh raya itu tetap akan dijalankan dan kami akan membuat pelarasan berdasarkan cadangan (yang dibuat) kerana bukan semua penduduk di sana membantah pembinaannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 di sini, Selasa.

Penduduk kawasan berkenaan sebelum ini dilaporkan mendakwa pembinaan projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion itu akan memusnahkan alam sekitar selain menyebabkan harga hartanah merudum, dan bukan disifatkan satu penyelesaian yang bijak kepada masalah lalu lintas.

Mengenai pembatalan pemilihan sejumlah cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terpalit dengan dakwaan terdapat unsur penipuan dan ketidaktelusan, Abdul Khalid berkata pemilihan semula tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ini kerana pelbagai usaha penambahbaikan perlu dilakukan terlebih dulu bagi mendapatkan semula keyakinan anggota PKR terhadap pemilihan yang akan diadakan semula nanti, katanya.


Tags / Kata Kunci: Kidex , Selangor , PKR

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan