Soon Koh Tunjuk Surat 'Formula 50/50'

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 12:07 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bekas Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh pada Isnin hari mendedahkan surat 'Formula 50/50' yang dihantarnya kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bagi menyelesaikan kemelut parti itu.

"Ini buktinya, kami berenam menulis kepada Ketua Menteri dan salinannya dihantar kepada ROS (Pendaftar Pertubuhan)," katanya sambil menunjukkan surat itu dalam sidang media, di sini.

Beliau turut membidas Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin Fah Kui yang mendakwa surat bertarikh 23 April 2014 itu tidak wujud.

"Seperti yang dikatakan oleh Presiden SUPP, tidak ada perjanjian sedemikian...memang benar tidak ada sebab beliau tidak setuju dengan cadangan itu (Formula 50/50)...akan tetapi beliau tidak boleh kata Formula 50/50 tidak wujud," katanya.

SUPP, parti tertua di negeri ini diselubungi kemelut kepimpinan antara Chin dan Soon Koh yang juga Menteri Kewangan Kedua serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bawang Assan itu mendapat sokongan Datuk Francis Hardin (Simanggang), Datuk Lee Kim Shin (Senadin), Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh), Dr Johnical Rayong Ngipa(Engkilili) dan Ranum Mina (Opar).

Pada 15 Mei lalu, Soon Koh bersama Jerip, Ranum serta Rayong mengumumkan keluar SUPP dan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang baharu ditubuhkan.

Semalam dalam sidang akhbar Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP, Chin meminta Soon Koh supaya tidak menjadikan 'Formula 50/50' itu sebagai alasan keluar parti.

Chin turut memaklumkan kepada pemberita bahawa Adenan tidak pernah menyatakan bahawa beliau akan menyokong penyertaan Teras ke dalam Barisan Nasional.

Ditanya mengenai kenyataan Chin berhubung sokongan Adenan itu, Soon Koh berkata beliau menyerahkan kepada Ketua Menteri untuk menjawab.
Tags / Kata Kunci: Wong Soon Koh

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan