Presiden Singapura Hargai Hubungan Kukuh Rebublik Itu Dengan Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 11:06 AM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Tuanku Hajah Haminah (tudung biru kanan) berkenan mendengar ucapan yang disampaikan Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam pada majlis makan malam sempena lawatan negara Baginda ke Singapura di Istana Singapura malam Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam menyanjung hubungan dua hala yang terjalin antara republik itu dan Malaysia dengan berkata ia adalah kukuh.

"Ini dicapai dengan lawatan negara masing-masing dan yang terbaharu dengan kejayaan pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura bulan lalu.

"Pemimpin kita sering melawat antara satu sama lain dan hubungan rakyat dengan rakyat adalah kukuh. Interaksi ini berterusan dan memperkukuh kepercyaan dan kemesraan," katanya pada majlis jamuan negara di Istana malam Isnin.

Presiden Tan dan Puan Mary Tan menjadi hos jamuan itu bagi meraikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang sedang mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Singapura mulai Ahad.

Yang turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Lim Swee Say, Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Fadillah Yusof, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob dan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah.

Tan menekankan bahawa hubungan antara Singapura dan Malaysia menjangkau lebih daripada kepentingan material kerana kedua-dua negara berkongsi sejarah silam.

"Ia terutamanya bersesuaian sebagai pemeritah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Tuanku akan melawat refleksi Bukit Chandu.

"Pusat ini memperingati peperangan Pasir Panjang semasa Perang Dunia 11. Empat ratus askar yang gagah berani daripada Rejimen Askar Melayu membuat pertahanan terakhir menentang kuasa penceroboh yang hampir 10 kali ganda banyaknya.

"Pengorbanan sedemikian adalah tidak ternilai bagi kita mengingatinya. Ia adalah penting kita mewariskan warisan kita yang dikongsi bersama kepada generasi masa depan kita," katanya.

Mengenai Pusat Warisan Melayu di sini, Tan berkata beliau berbangga kerana pusat itu meneroka bidang kerjasama baharu dengan rakan Malaysia mereka.

Beliau berharap usaha tersebut akan berterusan dan berkembang.

Tan berkata pemahaman budaya dan sejarah yang lebih mendalam akan lebih mengeratkan kedua-dua jiran.

Berdasarkan latar belakang geopolitik yang tidak menentu, beliau berkata adalah penting Asean bekerjasama bagi merealisasi Komuniti Asean menjelang 2015.

"Malaysia akan menjadi pengerusi (Asean) tahun depan. Kami berharap dapat bekerjasama erat dengan Malaysia dan lain-lain negara Asean untuk membentuk hala tuju bagi masa depan rantau kita," katanya.
Tags / Kata Kunci: Dr Tony Tan Keng Yam , Mary Tan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan