Ahmad Razif Beri Bayangan Tidak Dilantik Pengerusi Umno

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Beliau turut mengakui tidak mempuyai masalah jika jawatan itu diberikan kepada orang lain dan akan bekerjasama dengan individu yang dilantik demi memajukan Umno.

"Kita serahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan perkara itu kerana apa yang penting ialah kebersamaan dalam memperjuangkan parti.

"Saya tak ada masalah, kita sebagai ahli parti yang setia, kita pulangkan keputusan itu secara bijaksana untuk ditentukan oleh Presiden parti dan saya tidak ada masalah langsung dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Sukan Malaysia (Sukma) kepada Kontinjen Terengganu lewat malam Isnin.

Menurutnya lebih mustahak semua bersatu untuk memperjuangkan parti dan tidak timbul siapa yang bakal dipilih menerajui Umno Terengganu.

Beliau berkata perpaduan dalam saat-saat begini amat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan Terengganu sekarang di mana Barisan Nasional menduduki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri sementara pembangkang 15.

Ahmad Razif berkata demikian ketika mengulas cadangan sebuah kolum akhbar tempatan Ahad lepas yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai calon yang sesuai untuk jawatan itu.

Namun Ahmad Shabery ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu berpendapat, jawatan tersebut seharusnya dipegang oleh seorang Menteri Besar bagi membolehkan pentadbiran negeri dan kerja parti berjalan lancar.

Sementara itu Ahmad Razif berkata buat sementara waktu beliau memangku dua portfolio iaitu portfolio asalnya iaitu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi,Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri.

Beliau juga memangku portfolio yang dipegang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said iaitu Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri.

Ahmad Razif berkata portfolio itu akan dipangkunya sehingga lantikan Exco baharu dibuat dan ketika ini, pihaknya sedang berbincang mengenai perkara itu sebelum mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memohon perkenan.


Tags / Kata Kunci: Umno

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan