Kesan Tapak Kaki Gajah, Bukan Bigfoot - Perhilitan

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 9:27 AM

Kesan tapak kaki yang ditemui berhampiran hutan simpan Endau Rompin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri mengesahkan bahawa trek yang didakwa sebagai trek Bigfoot yang ditemui berhampiran kawasan Endau -Rompin di sini sebenarnya milik sekumpulan gajah.

Pengarah Perhilitan negeri Hasnan Yusop berkata pegawai-pegawainya telah mengkaji corak trek berkenaan dan membuat kesimpulan bahawa ia telah dilakukan oleh kumpulan gajah (pachyderms).

"Bentuk tirus memanjang terhasil apabila gajah berjalan balik ke belakang dan ini mewujudkan pertindihan pelbagai tapak kaki yang berada dalam kedudukan yang hampir sama," jelasnya.

"Ini menyebabkan bentuk jejak gajah yang biasanya bulat kelihatan berbeza."

Hasnan berkata pegawai-pegawainya juga telah menemui najis gajah berhampiran trek.

"Ini membuktikan teori kami," kata beliau sambil menambah tiada lagi kajian dapat membuktikan kewujudan Bigfoot.

Hasnan berkata jabatan itu tidak menerima apa-apa maklumat tambahan mengenai kesan tapak kaki haiwan.

"Kami akan terus memantau kawasan itu," katanya.

Minggu lepas, Sia Chwee Khim , 64, dan suaminya Lim Teong Kheng, 66, kedua-dua pesara, menemui kesan tapak kaki yang luar biasa besar semasa dalam perjalanan dengan kawan-kawannya di hutan simpan itu pada 10 Mei.

Penemuan mereka mendorong spekulasi kewujudan Bigfoot yang sehingga kini menjadi mitos.
Tags / Kata Kunci: Bigfoot , Perhilitan , Endau Rompin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan