Juruterbang MH370 Tidak Percaya Dengan Insurans Hayat

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 9:08 AM

Kapten Zaharie (kanan) bersama anak perempuannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saudara-mara kepada juruterbang penerbangan MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang selama ini berdiam diri akhirnya bersuara terhadap mereka yang mengaitkan kemungkinan kehilangan pesawat dengan tindakan bunuh diri juruterbang.

Dengan pelbagai spekulasi yang tersebar, termasuklah mengaitkan tindakan bunuh diri yang dikatakan sengaja dilakukan untuk mengumpul bayaran insurans yang besar, keluarganya juga kecewa apabila MAS tidak melindungi atau bercakap untuk juruterbangnya.

Asuad Khan, abang ipar kepada Kapten Zaharie mengulangi bahawa juruterbang itu adalah berpengalaman dan mereka tidak pernah mempunyai polisi insurans hayat.

"Bukan sahaja tidak mempunyai polisi insurans hayat, dia dan keluarganya juga tidak mempunyai perlindungan insurans perubatan. Sebarang bayaran insurans akan hanya diperolehi daripada MAS," katanya.

Bercakap bagi pihak kakaknya Faizah Khan, Asuad berkata spekulasi yang tidak tepat telah mencemarkan imej Kapten Zaharie.

"Arie telah memberitahu Faizah apabila dia telah bersara daripada MAS, masalah kesihatan akan diuruskan di hospital kerajaan dan mereka terpaksa hidup mengikut kemampuan mereka.

"Dia adalah seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri kelakar. "Kita akan bersara jadi kita akan mempunyai banyak masa untuk menunggu di hospital" beliau memberitahu isterinya," kata Asuad.

"Dia bersemangat terhadap kerjanya dan kehidupannya serta keluarganya adalah baik, jadi mengapa dia mahu membunuh diri dan mengambil nyawa 238 orang yang lain bersama dengannya?"

Ketika polis masih mencari kemungkinan pesawat dirampas, berkaitan keganasan atau 'juruterbang bunuh diri', Asuad berkata Faizah masih lagi disoal oleh mereka.

"Dia menerima hakikat bahawa Arie telah mati tetapi tidak dapat menerima apabila orang bercakap buruk tanpa mengenali Arie.

"Dia adalah orang yang paling bermurah hati dari segi nasihat, wang dan masa," katanya.
Tags / Kata Kunci: MH370 , Kapten Zaharie , Asuad Khan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan