Jawatankuasa Atur Gerak Aset Kenal Pasti Peluang Penglibatan Syarikat Tempatan

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 11:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Atur Gerak Aset di bawah Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti beberapa peluang dan ruang penglibatan syarikat tempatan dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu berkata ia telah menerima beberapa kertas cadangan daripada beberapa syarikat bagi menyumbang kepada misi pencarian di bawah laut.

Ia khusus berkaitan peralatan sonar imbasan sisi, pemerum gema berbilang alur dan kenderaan kawalan jauh bawah air (ROVs).
 
"Kertas cadangan ini sedang disemak dan dinilai berdasarkan kesesuaian atur gerak aset dan kos yang bakal timbul," menurut kenyataan itu.

Ia menyebut hala tuju penglibatan syarikat seperti Petronas, Boustead Heavy Industries, Sapura Kencana dan Deftech itu selaras dengan persetujuan hasil mesyuarat tiga pihak peringkat menteri dan pegawai kanan Malaysia, Australia dan China dari 5 hingga 7 Mei lepas di Canberra, Australia.

"Penglibatan syarikat-syarikat berkenaan akan diselaraskan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)," menurut jawatankuasa itu.

Selain itu, kementerian juga telah mengerahkan kapal auxiliary Bunga Mas 6 (BM6) sebagai kapal pentadbiran untuk membantu JACC dengan kerjasama Malaysia International Shipping Corporation (MISC).

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan