Semua Calon PRK Bukit Gelugor Yakin Menang

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang memasuki hari kesembilan pada Selasa menyaksikan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo yakin parti itu akan menang dengan majoriti lebih besar berbanding sebelum ini.

"Saya amat yakin DAP akan menawan Parlimen Bukit Gelugor. Ini kerana pemimpin Pakatan Rakyat sanggup turun ke sini untuk membantu kempen saya," katanya.

Jelas Ramkarpal, beliau sudah mendekati hampir semua pengundi di kawasan Bukit Gelugor dan maklum balas yang diterima amat positif.

"Saya jumpa penduduk di Taman Tun Sardon, Desa Mawar, Flat Farlim, Kampung Melayu dan beberapa kawasan lain, rata-rata mereka beri sokongan kepada saya," katanya.

Namun, kata Ramkarpal, beliau masih berwaspada dengan strategi kempen tiga calon Bebas lain yang disifatkannya sebagai satu ancaman.

"Walaupun mereka parti nyamuk tapi saya tidak boleh pandang rendah kemampuan mereka. Apa saja boleh berlaku pada 25 Mei nanti," katanya.

Sementara itu, peguam, Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46, yang juga calon Bebas pula mengakui keyakinannya untuk menang kini menjangkau 90 peratus berdasarkan perjuangannya yang membantu rakyat yang memerlukan pembelaan.

"Insya-Allah... Saya 90 peratus yakin. Allah akan bantu saya yang menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan.

"Saya mahu undi Melayu, Cina dan India. Jadi saya akan bantu rakyat di Pulau Pinang walaupun mereka bukan dalam kawasan Bukit Gelugor... saya sedia membantu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar, berkata, peluang untuk dirinya menang adalah sebanyak 60  peratus.

"Alhamdulillah, hampir semua kawasan sudah kami pergi. Kebanyakan orang Islam beri sokongan kepada saya. Saya harap mereka bukan cakap saja tapi keluar mengundi Ahad ini," katanya.

Seorang lagi calon Bebas, Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM) pula memberikan pandangan berbeza daripada tiga calon lain.

Huan berkata beliau enggan menetapkan sebarang sasaran untuk menang tetapi mengharapkan yang terbaik kali ini.

"Saya bukan tokong, tak boleh bagi apa-apa jawapan. Saya hanya harap yang terbaik.

"Apa yang boleh saya katakan, keyakinan saya sedikit meningkat selepas bertemu pengundi di sekitar Bukit Gelugor. Saya harap ia kekal sehingga hari mengundi nanti," katanya.

Malah, beliau amat terharu kerana sokongan pengundi Melayu dan India meningkat tetapi berusaha meyakinkan pengundi Cina yang sebahagian besarnya masih berpihak kepada DAP.

Tags / Kata Kunci: Bukit Gelugor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan