Abu Backer Cedera Rempuh Kereta Guan Eng - Berita Semasa | mStar

Abu Backer Cedera Rempuh Kereta Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Selepas menyatakan kesediaan diboikot media pada Isnin, calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan sekali lagi bijak mencuri tumpuan media dalam satu insiden kecil di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Selasa.

Abu Backer yang juga seorang peguam menimbulkan kekecohan di hadapan DUN Pulau Pinang ketika menunggu untuk bertemu Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau yang menunggu di luar DUN sejak pukul 12.30 tengah hari bertindak menahan kenderaan yang membawa Guan Eng kira-kira pukul 2 petang.

Selepas 10 minit Abu Backer dihalang sekumpulan pengawal keselamatan DUN, beliau kemudiannya bertindak 'merempuh' kereta jenis Mercedes dinaiki Guan Eng dan terjatuh di atas jalan raya.

Insiden penuh dramatik itu menyebabkan kesesakan di Lebuh Light.

Guan Eng dan pembantu peribadinya kemudian terus beredar tanpa mengendahkan keadaan Abu Backer yang terletang.

Ambulans tiba di perkarangan DUN kira-kira pukul 2.30 petang untuk membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Pembantu Abu Backer memberitahu satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau telah membuat permohonan bertulis di Komtar sejak minggu lalu.

Beliau turut tidak berpuas hati kerana diberikan layanan 'double standard' sedangkan lawannya calon DAP Ramkarpal Singh dibenarkan memasuki DUN.

" Saya hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN. Ini tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?

"DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa Ketua Menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Guan Eng.

Tags / Kata Kunci: Bukit Gelugor
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan