Adun Cadang Beri Anugerah Darjah Tertinggi Kepada Mendiang Karpal Singh - Berita Semasa | mStar

Adun Cadang Beri Anugerah Darjah Tertinggi Kepada Mendiang Karpal Singh

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 1:03 PM

Mendiang Karpal Singh.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Selasa mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbang menganugerahkan darjah tertinggi kepada mendiang Karpal Singh.

R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) berkata penghormatan itu bagi mengenang jasa bekas Pengerusi DAP itu bukan sahaja di peringkat negeri malah negara.

"Mendiang Karpal Singh boleh diibaratkan sebagai negarawan kerana banyak berjasa kepada negara. Beliau banyak membantu rakyat malah anggota politik daripada Barisan Nasional juga pernah mendapat khidmat beliau sebagai peguam.

"Jadi, saya berharap agar kerajaan negeri dapat mempertimbang memberi anugerah darjah tertinggi kepada mendiang Karpal Singh," katanya ketika membahas ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini.

Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lepas.
Tags / Kata Kunci: R.S.N Rayer , Karpal Singh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan