PAC Mahu MAHB Selesai Aduan KLIA2

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 10:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diingatkan supaya mengambil tindakan segera berhubung aduan masalah seperti mendapan dan takungan air yang dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata MAHB selaku pengendali KLIA2, dalam mesyuarat bersama PAC sebelum ini, mengakui terdapat beberapa 'kekurangan' pada lapangan terbang itu sebelum ia mula beroperasi 2 Mei lalu.

"Bila datang sini (PAC), mereka (MAHB) kata masalah itu boleh diselesaikan dan boleh dilakukan penambahbaikan. Sebab itu klia2 beroperasi dan sekarang baharu dua minggu lebih (beroperasi) sudah ada isu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC Penggal Kedua 2014 di Bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Sementara itu, MAHB berkata tiada risiko keselamatan pada kawasan apron lapangan terbang itu.
 
"Kami bersedia dengan pasukan kejuruteraan yang tersedia untuk menangani isu berkenaan," kata MAHB dalam satu kenyataan.

Syarikat itu turut memberi jaminan operasi penerbangan mana-mana syarikat penerbangan tidak akan terjejas, memandangkan klia2 mempunyai tempat letak pesawat yang mencukupi untuk menampung pergerakan pesawat.

Menurut kenyataan itu, MAHB dan AirAsia mengadakan pertemuan setiap hari bagi membincangkan secara mendalam mengenai isu-isu operasi dan keselamatan dan penjelasan serta penyelesaian telah diberikan.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata pihaknya telah menerima beberapa cadangan penambahbaikan yang akan dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
bagi memantapkan sistem akaun untuk mengelak status 'kurang memuaskan' daripada Jabatan Audit Negara di masa depan. 
 
"Status kurang memuaskan pada laporan audit lalu disebabkan Finas dalam masa tertentu mengalami kekurangan staf akaun dan ada penggabungan dengan Jabatan Filem Negara pada 2013 yang kurang kemas menyebabkan berlaku masalah pada akaun," katanya.

Nur Jazlan berkata Finas telah menambah kakitangan untuk menyelia akaunnya.
Tags / Kata Kunci: MAHB , KLIA2

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan