Abu Backer Alami Keretakan Pinggang Rempuh Kereta Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 7:46 PM

abu backer

Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohd Zan terbaring di hadapan kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas dia cuba menghalang dan merempuh kereta berkenaan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan disahkan mengalami keretakan di pinggang kanannya.

Jurucakap pegawai perubatan di Hospital Pulau Pinang berkata, Abu Backer masih belum sedarkan diri.

"Dia masih di bawah pengaruh ubat bius dan belum sedar lagi.

"Pembantu peribadinya (Hafiz) meminta supaya Abu Backer dihantar ke Pusat Rawatan  Gleneagles apabila beliau sedar nanti ," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita, petang Selasa.

Abu Backer mengalami kecederaan tersebut apabila beliau merempuh kenderaan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang enggan bertemu dengannya di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) .


Beliau yang menunggu sejak pukul 12.30 tengah hari itu bertindak menahan kenderaan yang membawa Guan Eng kira-kira pukul 2 petang.

Selepas 10 minit Abu Backer dihalang sekumpulan pengawal keselamatan DUN, beliau kemudiannya bertindak 'merempuh' kereta jenis Mercedes dinaiki Guan Eng dan terjatuh di atas jalan raya.

Insiden penuh dramatik itu menyebabkan kesesakan di Lebuh Light.

Tags / Kata Kunci: Abu Backer

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan