Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar mengakui hanya tidur selama tiga jam sehari sepanjang tempoh berkempan.

"Saya kurang tidur. Tidur pun dalam tiga hingga empat jam saja kerana fikir mengenai masalah rakyat di Bukit Gelugor," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan walkabout di pasar malam dekat Kampung Melayu, Air Itam di sini, Isnin.

Bagaimanapun, Mohamed Nabi berkata, soal tidak cukup tidur bukan masalah kepada dirinya kerana andai ditakdirkan menang, beliau sedia untuk dihubungi penduduk di kawasan tersebut tanpa mengira masa.

"Kalau ada yang hubungi saya pukul dua tiga pagi, saya akan jawab panggilan itu. Saya juga akan jumpa rakyat di mana saja pada bila-bila masa.

"Malah saya juga akan berpindah di kawasan Bukit Gelugor dan membuka pusat khidmat di sini," katanya.

Sementara itu, beliau yakin dapat menang 70 peratus undi pada PRK ini berdasarkan sambutan pengundi yang diterima setelah lapan hari berkempen.

"Maklum balas pengundi memuaskan. Setakat ini, orang Melayu dan kaum lain sudah celik mata. Insya-Allah mereka akan undi saya untuk membela nasib penduduk di sini," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai yang menyifatkannya sebagai pembohong, Mohamed Nabi berkata, Lim Guan Eng sepatutnya bersuara dan mengeluarkan kenyataan mengenai hukum hudud dan bukan Hon Wai.

"Sebenarnya siapa yang berbohong, saya ke dia? Yang cakap saya bohong itu setiausaha politik dia, bukan Guan Eng sendiri.

"Sehingga hari ini dia (Guan Eng) masih senyap. Jadi saya nak dengar penjelasan dari dia sendiri," katanya.

Walaupun diminta mendedahkan bukti untuk menguatkan dakwaannya terhadap Guan Eng, Mohamad Nabi berkata, "beliau memang beliau sokong hudud secara sulit bagi mendapat sokongan pemimpin PAS."


"Memang saya tahu... kalau dia tak sokong hudud pasti PAS takkan sokong DAP," katanya.
Tags / Kata Kunci: Bukit Gelugor , DAP , PAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan