RCI Sudah Serah Laporan Kepada Yang di-Pertuan Agong

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 2:31 PM

Tan Sri Steve Shim Lip Kiong

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di Sabah sudah mengemukakan laporan lengkap hasil penyiasatan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, minggu lepas.

Pengerusi RCI mengenai Pati di Sabah yang juga bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong berkata pihaknya kini menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan pembentangan laporan itu yang siap sejak awal tahun ini.


"...Saya tidak boleh berkata apa-apa sehingga laporan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas mengetuai rombongan RCI melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini Isnin.

Kunjungan berkenaan bertujuan memaklumkan kepada Yang Dipertua Negeri mengenai perkembangan laporan suruhanjaya itu.

Suruhanjaya yang ditubuhkan pada 21 Sept 2012 itu menamatkan prosiding siasatan mereka pada 20 September tahun lepas dengan memanggil 211 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan