PRK Teluk Intan: Dua Insiden Cemar Proses Penamaan Calon

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Isnin yang berjalan lancar tanpa menjejaskan keselamatan awam, tercemar berikutan dua insiden kecil.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, insiden pertama membabitkan seorang individu yang mengeluarkan kata-kata lucah kepada anggota polis yang bertugas.

Beliau berkata, laporan polis dibuat mengenainya dan akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Satu lagi kes membabitkan sekumpulan penyokong yang tidak mematuhi arahan polis supaya berada di tempat yang ditetapkan.

"Tindakan ini menimbulkan gangguan di mana menyalahi kesalahan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan akan dipenjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hari penamaan calon PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Mengenai kelancaran proses penamaan, Kok Liang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama kedua-dua calon dan penyokong parti kerana memberikan kerjasama kepada pasukan keselamatan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mengadakan perjumpaan bersama calon dari kedua-dua parti bertanding untuk membincangkan tindakan yang perlu diambil sepanjang kempen PRK Teluk Intan.

"Perbincangan ini perlu untuk memastikan perjalanan PRK Teluk Intan berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini, termasuk mengelak provokasi dan membangkitkan isu sensitif seperti perkauman dan keagamaan ketika berkempen, selain merosakkan harta awam seperti bilik gerakan termasuk mencabut poster dan bendera pihak lawan," katanya.

Katanya, parti yang bertanding juga perlu memohon permit untuk mengadakan ceramah dan mengikuti prosedur berkempen.

Hari mengundi PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini, manakala pengundian awal 27 Mei.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan