Angka Pelatih PLKN Dijangkiti Virus ILI Meningkat kepada 61 Kes

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 8:11 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Angka pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PKLN) yang dijangkiti gejala Influenza-like Illnes (ILI) di kem Resort Dusun Minda, Kuala Nerang dekat sini meningkat dari 54 kepada 61 kes pada Isnin.

Berlaku peningkatan sebanyak tujuh kes sejak dilaporkan pada Ahad.

Daripada 61 kes, empat daripadanya disahkan positif virus Influenza A H1N1.

Gejala ILI termasuk demam, selsema batuk dan sakit tekak.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil memberi jaminan kepada waris pelatih bahawa isu berkenaan kini berada di bawah kawalan pasukan perubatan.

"Pasukan perubatan kami dan jabatan kesihatan daerah sedang memantau kes ini dengan teliti," katanya ketika melawat kem berkenaan pada Isnin.

Tambah beliau punca virus berkenaan masih belum diketahui.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan