Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Mestilah MB

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 10:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu mestilah dipegang oleh Menteri Besar bagi membolehkan pentadbiran negeri dan kerja parti berjalan lancar.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau berpendapat perjalanan politik di sesebuah negeri akan tempang sekiranya jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri tidak dipegang oleh Menteri Besar.

"Menteri Besar tidak dapat menjalankan tugas dengan baik jika dia tidak mempunyai 'kuasa memerintah' dari segi mengarah, mengawal dan membangunkan visinya sekiranya tiada pegangan pada politik.

Begitu juga yang pegang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, jika dia tiada kedudukan dalam kerajaan sedangkan kerajaan itu adalah Barisan Nasional, dia juga tidak dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Perfileman 2014 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Klang di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (I) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Mohid Mohamed, Pengerusi Finas Datuk Md Afendi Hamdan dan Ketua Pengarah Finas Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah kolum di akhbar tempatan semalam yang menyebut Ahmad Shabery calon sesuai mengisi jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, yang kosong ekoran peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said minggu lepas.

Menteri Besar Terengganu yang baharu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman dan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata menjadi kelaziman menteri besar juga memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata beliau mahu Finas diperkasakan untuk membantu perkembangan industri perfileman tempatan.

"Saya minta mereka (Finas) juga lihat sekiranya akta sedia ada dapat dibuat pindaan supaya agensi itu dapat memberikan perkembangan yang lebih baik dari segi amalan-amalan terbaik.

"Lihat industri seni Korea yang telah berkembang, 20 tahun dulu tiada yang mahu melihat cerita mereka, tetapi kini dengan penceritaan dan sinematografi yang baik mampu menjadikan filem itu menarik," katanya.

Pada majlis sama, Ahmad Shabery turut menyampaikan dana bantuan persatuan penggiat filem berjumlah RM300,000 kepada 27 wakil persatuan perfileman tempatan, bertujuan membantu penggiat seni perfileman menghasilkan karya lebih bermutu.

Tags / Kata Kunci: Umno Terengganu , Shabery Cheek

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan