Pengundi Perlu Tolak DAP - Lian Ker

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 5:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, namun MCA menggesa pengundi di situ menolak DAP bagi memberi tekanan kepada PAS yang berhasrat melaksanakan hukum hudud.

Gesaan itu turut digunakan oleh MCA terhadap pengundi di kawasan PRK Parlimen Teluk Intan yang menyaksikan calon DAP bertemu BN.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama Dan Keharmonian MCA, Datuk Tan Lian Ker berkata, DAP gagal menyekat sekutunya iaitu PAS daripada melaksanakan hudud di Kelantan.

Jelasnya, dengan tindakan itu, ia membuktikan pakatan gagal menghormati rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya menggesa pengundi di kedua-dua kawasan khususnya yang bukan Islam supaya menolak pakatan," katanya sambil menambah PAS telah menipu rakyat bahawa mereka hanya akan melaksanakan negara kebajikan dan bukannya hudud pada sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Mereka (pakatan) hanya bermain politik dan menghina kestabilan politik pelbagai kaum khususnya bagi yang bukan Islam," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: DAP , BN

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan