Pilih Calon Yang Boleh Selesai Masalah Rakyat - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Walaupun Barisan Nasional (BN) berhadapan calon belia tetapi parti itu yakin pengundi di sini akan membuat pertimbangan berasaskan calon yang boleh berkhidmat, terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin merujuk calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53, yang akan bertanding satu lawan satu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang baharu berumur 27 tahun pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Beliau berkata, sudah tentu pengundi mahu pemimpin yang bukan sahaja mempunyai pengaruh di Teluk Intan tetapi juga di peringkat persekutuan.

"Jika calon BN yang juga presiden Gerakan menang, maka pengaruhnya dengan kerajaan negeri dan pusat begitu besar.

"Sekiranya pengundi mahukan perubahan untuk menangani isu tempatan, contohnya masalah kadar jenayah yang meningkat, ia masih memerlukan usaha dengan kerajaan pusat.

"Sekiranya beri sokongan kepada DAP,  mungkin tidak dapat mempengaruhi agensi persekutuan dan negeri untuk menangani isu berkenaan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Pemuda BN di sini, Isnin.

Khairy berkata, begitu juga dengan generasi muda di Teluk Intan yang berhadapan dengan isu ekonomi, perniagaan, kerjaya dan perumahan.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda Umno dan BN akan menganjurkan beberapa aktiviti termasuk ceramah, program santai dan lawatan rumah ke rumah untuk mendapat sokongan majoriti 20,905 pengundi muda di bawah 40 tahun.

"Saya yakin hanya kerajaan pusat dan negeri dapat membawa penyelesaian kepada mereka, jadi jangan hanya pandang umur calon tetapi pandang kewibawaan dan kebolehan mereka.

Katanya, selain presiden parti komponen BN, Siew Keong pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal dan timbalan menteri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan