Guan Eng Sokong Hudud - Nabi Bux

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 5:43 PM

Mohamed Nabi Bux yang berkempen menggunakan lori lantang membicarkan mengenai hukum hudud pada kempen PRK Bukit Gelugor, Ahad.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar mendakwa Lim Guan Eng secara sulit menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Walaupun Guan Eng sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri menolak hudud di Pulau Pinang, Mohamed Nabi Bux tetap mendakwa ketua menteri Pulau Pinang itu menyokong hukum hudud demi mengambil hati pemimpin PAS.

Ditanya bila Guan Eng menyatakan sokongannya terhadap hukum hudud, Mohamed Nabi Bux berkata: "Dia tidak akan beritahu saya atau rakyat, beliau akan beritahu pemimpin PAS."

Beliau juga menganggap sandiwara Setiausaha Agung DAP itu hanya untuk kepentingan politik semata-mata.

"Dia (Guan Eng) memang setuju, saya tahu dia 100 peratus setuju...secara sulit, (kerana) politik dia mesti setuju," katanya bercakap kepada pemberita selepas melawat pasar Taman Tun Sardon, Gelugor di sini, Ahad.

Sementara itu, beliau juga menganggap Ramkarpal Singh Deo tidak berhak mewakili DAP untuk membuat kenyataan berhubung hukum hudud.

Mohamed Nabi Bux berkata, ini kerana Ramkarpal tiada jawatan dalam parti selain jangka masa keanggotaannya dalam DAP juga dipersoal anggota parti itu sendiri.

Beliau membidas kenyataan Ramkarpal baru-baru ini bahawa beliau mempunyai pendirian sama dengan mendiang bapanya Karpal Singh dan DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Selain itu,  Mohamed Nabi Bux berkata, beliau bersedia untuk dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS sekiranya Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berhasrat mengambil tindakan terhadapnya.

"Kalau (Datuk) Mahfuz nak bawa saya ke lembaga disiplin parti saya tak gentar, dipersilakan," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamed Nabi Bux dan Ramkarpal Singh serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan