PRK Bukit Gelugor Penentu Dyana Sofya Menang Atau Kalah

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 6:01 PM

Dyana Sofya lakar sejarah wanita Melayu pertama mewakili DAP untuk kerusi Parlimen.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP mengakui keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor akan menjadi penentu sama ada Dyana Sofya Mohd Daud bakal menang atau kalah di Teluk Intan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, kedua-dua pilihan raya itu dianggap penting untuk memastikan kesinambungan reformasi parti itu.

"Kita tidak boleh pandang ringan dua pilihan raya kecil ini. Kalau kita tak menang, peluang di Teluk Intan juga tipis.

"Jika Ramkarpal menang, kemenangan itu akan beri gambaran bahawa ramai yang akan mengundi Dyana Sofya.

"Satu undi untuk Ram juga merupakan satu undi untuk Dyana," katanya ketika berucap pada ceramah pentas wanita di Kampung Melayu, Air Itam, petang Ahad.

Sementara itu, Ramkarpal menuduh Barisan Nasional (BN) cuba mempengaruhi pengundi supaya tidak menunaikan tanggungjawab dengan memberitahu bahawa DAP akan menang.

"Mereka kata tak perlu keluar mengundi kerana DAP sudah tentu akan menang. Saya minta supaya anda jangan percaya kata-kata itu," katanya.

Anak ketiga Karpal Singh itu mendakwa tindakan tersebut berniat jahat untuk mengurangkan majoriti undi yang pernah dimenangi bapanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan