Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 12:21 PM

Nanas Selabak antara produk popular di Teluk Intan yang bakal mengadakan pilihan raya kecil pada 31 Mei ini.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Bazar Nanas Kampung Selabak, pusat setempat penjualan buah-buahan tempatan yang beroperasi sejak dua tahun lalu di sini, bukan sahaja menjana pendapatan peniaga buah, malah membuka peluang penduduk kampung memasarkan hasil tanaman mereka.

Bazar yang terletak di kawasan strategik di pinggir jalan raya Teluk Intan-Bidor ini sering menjadi destinasi persinggahan pelancong tempatan dan asing untuk ke Lumut dan Pulau Pangkor.

Tapak asal bazar ini merupakan deretan gerai usang di Simpang Tiga, Kampung Selabak Luar, Jalan Changkat Jong yang telah dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dengan kos RM1.3 juta.

Seorang peniaga Norshila Mohamed, 26, berkata hasil pendapatannya di bazar baharu itu meningkat kerana beliau tidak lagi perlu bimbang mengenai banjir akan berlaku setiap kali hujan lebat.

Malah, bazar itu lebih selesa, luas dan mempunyai kemudahan tempat letak kenderaan yang turut menyenangkan pengunjung," katanya.

Beliau yang kini mampu meraih keuntungan jualan sebanyak RM2,000 sebulan berkata, gerainya sibuk khususnya pada hujung minggu berikutan banyaknya pelancong ke Pulau Pangkor akan singgah membeli-belah di bazar berkenaan.

Pelbagai buah-buahan tempatan dipasarkan di bazar berkenaan antaranya nanas, cempedak, pisang, durian dan mempelam selain produk makanan ringan yang diusahakan peserta industri kecil dan sederhana di kawasan sekitarnya.

Bagi seorang penduduk Kampung Selabak, yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mat, 50-an, hasil tanaman kecil-kecilan seperti ubi kayu, pisang dan rambutan akan dipasarkan terus kepada peniaga buah-buahan di bazar berkenaan.

"Bazar ini banyak membantu saya menjual hasil tanaman saya buat secara kecil-kecilan...hasilnya telah dapat menambah pendapatan keluarga, walaupun tak banyak tapi Alhamdullillah," katanya yang bekerja kampung.

Bagi Mislia Mohd Sukimi, 38, yang telah berniaga selama enam tahun di kawasan itu berkata dengan adanya bazar berkenaan, hasil perniagaannya lebih terjamin.

"Kalau dulu produk jualan sering rosak akibat terlalu lama terendam dalam air berikutan banjir kilat yang melanda kawasan itu.

"Saya bersyukur masalah itu diatasi dan terima kasih kepada kerajaan BN (Barisan Nasional) yang prihatin dengan nasib kami," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPTI Datuk Ibrahim Ahmad ketika ditemui berharap peniaga dapat meningkatkan kualiti dan operasi jualan mereka bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk singgah di situ.

"MPTI akan terus memantau bazar itu untuk memastikan peniaga dapat dibantu untuk terus maju dalam bidang perniagaan," katanya.

Beliau berkata MPTI hanya mengenakan sewa RM200 sebulan kepada peniaga di bazar berkenaan untuk meringan beban mereka.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan