BN Kempen Secara Bersih, Bukan Serang Peribadi Lawan

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 4:46 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berkata, parti mengadakan berkempen secara bersih tanpa serangan peribadi terhadap pihak lawan.

Beliau berkata, melakukan serangan peribadi seperti menyebarkan atau menyiarkan gambar berunsur fitnah bukan budaya BN. 

"Ingin saya tegaskan bahawa kita mahu pilihan raya yang bersih, saling hormat-menghormati. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga tegaskan kita supaya adakan satu kempen yang bersih. 

"Gambar (yang tersebar) bukan dibuat oleh pihak kita. Jangan kata kita yang buat. Itu (adakan kempen secara bersih) adalah cara kita untuk menang," katanya ketika melawat bilik gerakan jentera parti di sini, Ahad.

Khamis lalu, gambar seorang wanita berbikini yang didakwa merupakan calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tersebar luas di Internet dan media sosial.

Dyana bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dengan mengatakan beliau bukan wanita berkenaan, sebaliknya menjelaskan bahawa ia adalah gambar pelakon Filipina, Pauleen Luna.

Siew Keong yang juga Presiden Gerakan berkata, serangan peribadi hanya membuatkan pihak yang diserang meraih undi simpati.

"Bagi kita, ini (serangan peribadi) bukannya bantu dapat undi... ini akan buatkan orang marah.

"Saya sudah periksa. Tak ada mana-mana pihak BN yang buat (sebarkan gambar)," katanya lagi.

PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada DAP, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum Ke-13, Leong Peng menewaskan calon Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Penamaan calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 19 Mei dan pengundian awal pada 27 Mei, manakala hari mengundi 31 Mei.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan