Dyana Sofya Bukan Bahan Ujikaji - DAP

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 1:07 PM

Dyana Sofya menjadi wanita Melayu pertama dicalonkan DAP untuk kerusi Parlimen.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN:Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bukan 'bahan ujikaji' untuk mengetahui tahap penerimaan rakyat  terhadap parti itu.

Sebaliknya, Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua berkata, peguam berusia 27 tahun itu adalah pelaburan yang boleh membawa perubahan kepada negara.

"Pencalonannya boleh membawa impak kepada negara. Malahan, sebelum namanya diumumkan juga sudah ada reaksi positif termasuk di laman sosial.

"Meletakkan calon Melayu juga sebagai penawar kepada tanggapan buruk yang menganggap DAP adalah parti berasaskan kaum Cina," katanya selepas memperkenalkan Dyana Sofya kepada penduduk di Pasar Pekan Baru di sini, Ahad.

Dyana Sofya yang juga setiausaha politik Lim Kit Siang akan berdepan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pada PRK yang akan diadakan 31 Mei ini, manakala proses pencalonan dijadualkan berlangsung pagi Isnin, 19 Mei.

PRK itu diadakan berikutan kematian bekas Ahli Parlimennya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Beliau juga mengakui keputusan untuk meletakkan Dyana Sofya sebagai calon hanya dibuat pada saat-saat akhir.

"Ia suatu keputusan yang berisiko kerana saingannya sengit dan mungkin juga kami akan kalah tetapi harapnya tidak," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan