MCA Mahu Dyana Sofya Nyatakan Pendirian Mengenai Hudud Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie menggesa calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan supaya menyatakan pendiriannya berhubung hukum hudud di Kelantan.

Beliau mahu tahu pandangan Dyana Sofya Mohd Daud dan sama ada peguam berusia 27 tahun itu setuju atau sebaliknya dengan pelaksanaan hukum itu.

"Apakah pelaksanaan hukum hudud oleh PAS bermakna akan ada diskriminasi terhadap hak wanita termasuk bukan Islam.

"Jika benar, tentu pengundi sudah boleh putuskan siapa mereka patut undi pada PRK 31 Mei ini," katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Ibu di sini, Ahad.

Seai Kie berkata, presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong ternyata calon yang lebih layak untuk kerusi parlimen kerana berasal dari bandar itu.

"Saya percaya penduduk Teluk Intan menghargai peluang kedua yang diberikan kepada mereka untuk memilih pemimpin kerana mereka sememangnya memerlukan wakil rakyat yang memahami masalah dan mampu menanganinya," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan