Empat Borang Pencalonan Dibeli - SPR

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan empat borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan dibeli beberapa pihak sehingga petang Ahad.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai siapakah yang membeli borang berkenaan melainkan dua pihak dari Barisan Nasional (BN) dan DAP.

“Ada empat borang. Sudah tentu dari parti itu (BN dan DAP). Susah saya nak cakap… ada lagikah, mungkin (calon) Bebas,” katanya pada sidang media dalam sesi lawatannya pada pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah SPR Perak, Ahmad Adli Abdullah.

Pada Sabtu, Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, Datuk Mah Siew Kong yang merupakan Presiden Gerakan, manakala DAP mempertaruhkan Setiausaha Politik pemimpin parti Lim Kit Siang iaitu Dyana Sofia Mohd Daud.

Mengenai PRK Teluk Intan, Abdul Ghani berkata, pusat penamaan calon akan dibuka di Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini pada pukul 9 pagi Isnin dan ditutup sejam kemudian.

“Kita menjangkakan pengumuman mengenai pencalonan pada pukul 11 pagi,” katanya.

Beliau juga menasihatkan semua penyokong calon tidak mengganggu proses penamaan calon seperti mana berlaku pada PRK Bukit Gelugor 12 Mei lalu.

"Saya berharap semua penyokong tidak mengulangi peristiwa (penamaan calon PRK) di Bukit Gelugor di mana ada parti yang berarak menggunakan gendang dan pembesar suara.

"Ini menjadi satu kesalahan. Oleh itu, diminta semua calon dan penyokong mematuhi peraturan SPR. Saya minta semua pihak bertolak ansur dan jangan timbulkan kontroversi," katanya.

Pada 12 Mei lalu, kira-kira 500 penyokong sebuah parti berkumpul di luar pusat penamaan calon PRK Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang hingga menganggu proses penamaan.

Berikutan itu, kata Abdul Ghani, SPR membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada DAP, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Leong Peng menewaskan calon Siew Keong dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.


 

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan