Adun Klawang Patah Lima Tulang Rusuk

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 7:08 PM

Yunus Rahmat yang patah lima tulang rusuk kanan dilaporkan stabil dan memerlukan rawatan lanjut.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dilaporkan patah lima tulang rusuk kanan akibat terjatuh ke dalam longkang di Ampangan, Seremban pada Sabtu.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.45 petang itu, Yunus, 59, berada di kawasan berkenaan untuk ke kedai gunting rambut sebelum terjatuh.

Beliau kemudiannya diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Pakar KPJ Seremban.

Pembantunya, Suhaily Mohd Hashim berkata, doktor mengesahkan keadaan beliau stabil dan memerlukan rawatan lanjut.
Tags / Kata Kunci: Ynus Rahmat , Adun Klawang , Patah Rusuk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan