PRK Teluk Intan: BN Mungkin Turunkan Bekas MP

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 9:44 AM

Mah Siew Keong

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) mungkin akan meletakkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan pencalonannya di sini, Sabtu.

Dilahir dan dibesarkan di sini, Mah, berusia 53 tahun yang mempunyai ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal sebelum tewas kepada DAP dalam pilihan raya umum 2008.

DAP mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum tahun lalu selepas Seah Leong Peng menewaskan Mah dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong selepas Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser pada 1 Mei.

Mah sebelum ini juga telah menunjukkan minat untuk bertanding lagi, sementara menunggu keputusan muktamad daripada Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penamaan calon ditetapkan pada 19 Mei dan hari mengundi pada 31 Mei.

Daripada 60,000 pengundi di kawasan pilihan raya itu, 41 peratus adalah berbangsa Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus adalah kaum India.

Sementara itu, DAP kelihatan bersedia untuk mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud, 27, bagi kerusi itu.

Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng akan mengumumkan pencalonan beliau di sini petang Sabtu.

Dyana, yang merupakan setiausaha politik penasihat DAP, Lim Kit Siang dipercayai telah dipilih berbanding calon lain yang disenarai pendek termasuklah Hew Kuan Yau yang dikenali sebagai Superman.

Di George Town, pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai mengakui bahawa PRK Intan Teluk akan menjadi satu perjuangan yang berat untuk parti.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan