Najib Ucap Tahniah Kepada Narendra Modi Menang Pilihan Raya India

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 9:19 PM

Calon Perdana Menteri India, Narendra Modi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengucapkan tahniah kepada calon Perdana Menteri India, Narendra Modi, atas kemenangan parti pimpinannya Bharatiya Janata Party (BJP) dalam pilihan raya negara itu, Jumaat.

"Tahniah kepada Narendra Modi dan BJP atas kemenangan dalam pilihan raya 2014. Berharap untuk meneruskan rakan perkongsian yang lebih kukuh antara Malaysia-India di bawah kerajaan anda," kata Najib dalam tweet terbarunya hari ini.

BJP, parti berhaluan nasionalis India, dijangka akan membentuk kerajaan baharu India selepas mencapai kemenangan bersejarah dengan menewaskan parti pemerintah, Parti Kongres, pada pilihan raya itu.

BJP memenangi 333 kerusi manakala, Kongres hanya memperoleh 104 kerusi daripada 543 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Baki 106 kerusi dimenangi oleh parti-parti serantau.

Pada pilihan raya lepas, BJP hanya menang 159 kerusi manakala Kongres mendapat 262 kerusi.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Narendra Modi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan