PRK Teluk Intan: DAP Pertaruhkan Dyana Sofya

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 1:43 PM

Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berucap selepas dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Dyana Sofya Mohd Daud telah dinamakan sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Dyana Sofya, 27, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, telah diumumkan sebagai calon bertanding oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng pada pembukaan pusat operasi pilihan raya parti itu di sini pada Sabtu.

Duduk di antara Guan Eng dan pemangku pengerusi parti Tan Kok Wai, Dyana Sofya, anak kelahiran Ipoh kelihatan tenang ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

PRK Parlimen Teluk Intan pilihan raya dipanggil berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei.

Seah (DAP) memenangi kerusi Teluk Intan dengan majoriti 7,313 undi pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, menewaskan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional dan K. Moralingam, calon bebas.

Penamaan calon diadakan pada 19 Mei, manakala pengundian pada 31 Mei.
Tags / Kata Kunci: Dyana Sofya , DAP , PRK Teluk Intan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan