Azlan Man Dianugerah Gelaran 'Datuk Seri' Sempena Keputeraan Raja Perlis

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 2:27 PM

Azlan Man

(Ubah saiz teks)

ARAU: Menteri Besar Azlan Man mengetuai senarai 243 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau di sini, Sabtu.

Azlan, yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Tiga lagi penerima SPMP ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pemaju Country Heights dan The Mines, Tan Sri Lee Kim Tiong.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan