DAP Umum Calon PRK Teluk Intan Pada Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP yakin akan memenangi pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan dengan memperoleh peningkatan undi. 
 
"Teluk Intan adalah kerusi boleh dimenangi (DAP) dan saya harap kami mendapat majoriti lebih besar," kata pemangku Pengerusi Kebangsan DAP Tan Kok Wai.

Beliau berkata beberapa nama telah dicadangkan tetapi parti akan mengumumkan calonnya esok serentak dengan pelancaran pusat operasi utama DAP.

Tan ditemui pemberita ketika mengiringi Ramkarpal Singh Deo, calon parti bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini, ketika melakukan lawatan ke pasar Air Itam di sini.

Beliau berkata bagaimanapun parti itu menjangka bakal berdepan tugas getir memandangkan Barisan Nasional (BN) akan mempertaruhkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon di Teluk Intan.
 
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP, akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Seah memenangi kerusi Teluk Intan dengan majoriti 7,313 undi pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, mengalahkan Datuk Mah Siew Keong daripada BN dan calon Bebas K. Moralingam.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Teluk Intan ditetapkan pada 19 Mei manakala pengundian pada 31 Mei.
Tags / Kata Kunci: DAP , Teluk Intan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan