PRK Bukit Gelugor: SPR Terima Laporan Guna Jata Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 3:15 PM

Anuar

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima laporan penggunaan jata kerajaan Persekutuan dan negeri pada poster kempen seorang calon Bebas.

Pegawai Pengurusnya bagi Parlimen Bukit Gelugor,Kapten (B) Anuar Yahya berkata,  pasukan penguatkuasa kempen yang bertugas sebagai pemerhati telah melakukan siasatan dan akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"SPR telah menerima laporan mengenai kejadian itu (guna jata kerajaan) dan sekarang kita serahkan kepada polis untuk tindakan susulan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Anuar menegaskan,  setiap calon yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan bendera parti dan simbol yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Adalah menjadi satu kesalahan jika calon menggunakan lambang kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri. Malah bendera sekutu-kutu parti yang bertanding juga tidak dibenarkan sama sekali," katanya.

Pada masa sama, Anuar turut mengingatkan setiap calon yang bertanding supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan SPR semasa berkempen.

Difahamkan, calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar akan membuat laporan polis berhubung tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan poster kempennya di Balai Polis Bandar Baru Air Itam pada pukul 3 petang ini.

Terdahulu, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Mohamed Nabi yang menggunakan jata kerajaan  negeri itu tanpa kebenaran.

"Tindakan itu salah disisi undang-undang. Dia telah menggunakan jata kerajaan negeri dalam posternya tanpa kebenaran," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Bukit Gelugor

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan