Serangan Ke Atas Biarawati Tiada Perikemanusiaan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 8:19 AM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Serangan dan rompakan terhadap dua biarawati warga emas di Seremban pada Rabu merupakan satu tindakan kejam dan tiada perikemanusiaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberi jaminan bahawa polis akan komited dalam membawa penjenayah berkenaan ke muka pengadilan.

"Saya berharap agar kedua-dua Sister Julianna Lim dan Sister Marie Rose pulih dengan segera," katanya dalam kenyataan terbaharu di akaun Facebooknya.

Lim, 69, dan Marie Rose atau Theresa Teng, 79, diserang dengan menggunakan topi keledar dan dirompak sebelum subuh di luar Gereja Visitation di Seremban. 

Mereka ditemui tidak sedarkan diri di pintu masuk utama gereja pada kira-kira pukul 6 pagi. 

Kedua-dua mereka baru sahaja tiba di gereja dari rumah ketika kejadian berlaku.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan