Najib Lahirkan Penghargaan Terhadap Guru - Berita Semasa | mStar

Najib Lahirkan Penghargaan Terhadap Guru

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat melahirkan penghargaan kepada semua warga pendidik atas sumbangan yang mereka curahkan dalam mendidik anak bangsa.

Beliau mengakui guru memikul beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan, yang bersedia untuk mewarisi perjuangan dan menyumbang kepada pembangunan negara.

"Tanggal 16 Mei setiap tahun, Hari Guru disambut di seluruh negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah bersusah payah memerah keringat mendidik anak bangsa dan mendorong mereka ke arah menjadi insan cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi.

"Kita berterima kasih kepada guru yang yang begitu banyak berjasa, berkorban masa dan tenaga dan tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab mereka yang besar ini," katanya dalam catatan di laman blog www.1malaysia.com.my sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Perdana menteri berkata tugas dan tanggungjawab yang digalas warga pendidik amat berat dan mencabar, justeru mereka wajar dihargai.

"Bagi pihak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik atas sumbangan mereka yang tidak ternilai demi kemakmuran bangsa dan tanah air. Terima Kasih Cikgu," kata Najib. 


Tags / Kata Kunci: Guru
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan