Kebocoran Gas Pyrogen Dalam Bilik Penyimpanan Data MAS Kargo di KLIA - Berita Semasa | mStar

Kebocoran Gas Pyrogen Dalam Bilik Penyimpanan Data MAS Kargo di KLIA

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 10:12 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kebocoran gas Pyrogen dikesan berlaku di bilik penyimpanan data bangunan MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat.

Timbalan Penguasa (Ketua Balai) Bomba dan Penyelamat KLIA Yahya Mohd Sham berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.17 petang tadi. 
 
"Sebaik menerima laporan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian satu dari bomba KLIA dan sebuah lagi dari Airport Fire Rescue Service," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata semua petugas diarahkan mengosongkan bangunan bagi membolehkan kerja-kerja menyelamat dijalankan.

"Kerja-kerja pengalihan udara bagi mengeluarkan serbuk gas juga telah dibuat dan ia adalah tidak membahayakan," katanya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Gas Pyrogen digunakan untuk memadam api jika berlaku kebakaran.

Tags / Kata Kunci: kebocoran gas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan